Bukan Sekadar Koleksi Terpilih...

"Aku adalah hamba الله. Mati pasti datang kepadaku tanpa
sesaat pun terlewat apabila tiba masanya kerana mati
itu ketentuan الله dan hakikat manusia."

Koleksi Terpilih

10 laman web untuk edit gambar secara online

Posted by Munzir on December 26, 2010 at 9:45 AM



Tiada perisian Photoshop untuk edit gambar dan grafik?

Tak ada masalah jika anda mempunyai sambungan ke internet. Sila semak senarai dibawah:

1. Online Image Editor




Free online image editor merupakan perisian percuma yang boleh anda gunakan secara online. Antara fungsi yang terdapat pada perisian ini adalah seperti :

Penukaran format kepada png, gif, jpg dan bmp
Membuat animasi gif
mengubah saiz dan membuat crop
Penukaran warna kepada hitam putih, sephia dll.
membuat layer dan border
efek seperti glitter, frame dan sebagainya.

Halaman ini memberi pilihan untuk anda samada untuk upload gambar anda daripada pc atau anda boleh membuat pemindahan daripada laman web yang lain.

2. Pixlr.com



Bagi anda yang menggemari perisian photoshop pula, anda boleh menggunakan laman web pixlr untuk membuat pengubahsuaian gambar. Apa yang menarik, halaman ini menyediakan perisian yang hampir menyamai photoshop. Satu kekurangan yang dapat dikenalpasti adalah ketiadaan fungsi layer style



3. Imageeditor.net



Halaman web ini juga sesuai bagi penggemar photoshop. Ia mempunyai beberapa efek teks yang menarik untuk diletakkan kepada gambar anda selain turut mempunyai fungsi layer.

screenshot.jpg

Web ini juga menyediakan tutorial dalam bentuk video tentang cara penggunaannya yang sebenar.

4. myimager.com




Halaman web ini agak ringkas dan cepat untuk dibuka. Bagi mereka yang mempunyai kelajuan internet yang agak perlahan, anda boleh mencuba halaman ini. Segala pilihan seperti efek dilakukan melalui drop down menu.

5. webresizer.com




Kadangkala foto atau imej yang kita ambil mempunyai saiz yang agak besar. Ini akan menyebabkan blog atau laman web yang kita bina agak perlahan untuk dibuka. Bukan semua orang suka melawat blog yang mempunyai grafik yang agak berat. Terutamanya mereka yang mempunyai kelajuan internet yang rendah. Justeru itu, mengecilkan saiz adalah penyelesaian yang terbaik. Anda boleh melakukannya di web ini tanpa kehilangan kualiti imej tersebut.



Antara ciri-ciri yang terdapat pada aplikasi online ini ialah :

* Mengurangkan saiz imej
* Membuat crop
* membuat imej lebih jelas
* Mengubah saiz
* Memusingkan imej
* Mengubah kontras, tahap pencahayaan, saturasi
* Menukar ke warna hitam putih
* Menambah border
* Tidak perlu proses pendaftaran
* percuma

6. picnik.com


picnik_screenshots.jpg

Ciri-ciri adalah seperti berikut:

# Memperbaiki foto hanya dengan satu klik
# Guna kawalan lanjutan (advance) untuk gambar lebih sempurna
# Potong (crop), menukar saiz, dan memusingkan imej masa nyata
# Pelbagai efek untuk pilihan
# Membuat editing secara langsung melalui browser anda
# Pelbagai jenis tulisan yang menarik
# Pelbagai pilihan untuk bentuk yang diingini (bulat, segiempat dll)
# Boleh digunakan pada Mac, Windows, dan Linux
# Tidak perlu download dan proses pemasangan (install)



7. fotoflexer.com




Halaman ini menyediakan pelbagai jenis efek, bentuk dan tulisan. Fungsi layer juga turut disediakan.

8. sumopaint.com




Halaman ini adalah antara halaman terbaik bagi membuat manipulasi terhadap grafik yang sedia ada. Yang menarik mengenai web ini ialah dari segi fungsi filternya. Anda boleh membuat morphing secara 3D, membuat bentuk kon terhadap imej asal, membuat refleksi seakan-akan bayangan objek didalam air, gelombang, membalut imej menjadi bentuk bola dan pelbagai lagi fungsi yang boleh menyerlahkan idea anda.

9. pixenate.com




Halaman web ini juga tidak kurang hebatnya. Anda boleh memanipulasi gambar dengan mudah. Pelbagai efek disediakan seperti meletak/menambah cahaya, membaiki red eye, memutihkan gigi pada foto (say cis!!), menambah teks atau watermark, meletakkan rounded corner, efek seakan-akan cat minyak, meletakkan bubble teks, menambah clip art dan lain lain lagi.

10. Aviary Phoenix




Dengan Aviary, anda boleh memanipulasi imej secara drag and drop. Ditambah dengan fungsi layer yang berkuasa dan rich editing toolset, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada aplikasi photoshop yang mahal. Aviary menyediakan 72 tutorial cara untuk memanipulasi imej (jumlah ketika artikel ini ditulis - akan bertambah lagi di masa hadapan). Lihat sahaja bagaimana gambar kucing ini di"super impose"kan



Imej boleh anda ambil secara langsung daripada laman web sosial yang popular seperti Flickr, Picasa, dan Facebook.

Aviary juga menyediakan perkhidmatan percuma untuk mengedit audio, warna, vektor dll melalui laman utamanya

Categories: Info Minda

Post a Comment

Oops!

Oops, you forgot something.

Oops!

The words you entered did not match the given text. Please try again.

Already a member? Sign In

1 Comment

Reply ehhh epo
12:43 PM on November 30, 2013 
wwweeerttyuu

Translate

Sembang


Hitungan

Tekan iklan nuffnang saya boleh ?


Jom Suburkan Amalan Sedekah!!